>

Wednesday, December 19, 2012

bank oh bank..


ASSAlamualaikum~
Banyaknya urusan hari ni..
Pergi 1. BSN, 2. buat kiriman wang kat pejabat pos, 3. Agro bank, 4. Beli bakul permainan, 5. Ramai Jaya dan 6. kitar semula (fikir dulu sebelum buang)..
Mula pergi BSN, dapat no giliran, 1073..
Wah, ada 20 orang lagi sebelum giliran..
Baiklah, pergi ke pejabat pos dulu..buat kiriman wang tuk En. Akauntan Negara..
Kami no 1043..
Tapi, 1041 tu urusannya lama sangat.. Alhamdulillah, dua orang je..tempat duduk pun banyak..
Selesai buat kiriman wang, kembali ke BSN, tinggal dua orang lagi..
Selesai, along dan angah pergi agro bank..
Jumpa lagi dengan wannurdiana dan adiknya, Munif..
Munif comel sangat..bukan sebab nak memuji ke apa, tapi memang serius comel..

.::Wan Muhd. Munif wan mahadi, umo 3 tahun::.
.::sangat mesra::.
.::bila orang panggil nama dia dia senyum yang sangat lebar sambil menampakkan lesung pipitnya::.
(Patutnya anna amik gambar dia la..)
No giliran 1060..ah, 30 orang lagi?
Baiklah, pergi ramai Jaya dulu.. belanja belanja la dulu kejap.. habis cerita..
Kembali ke agro bank semula, ahaa, 10 orang lagi.. baiklah, ke kedai RM2, nak beli bakul permainan..
Tapi, kedai RM2 sekarang tak macam kedai dulu.. dulu semua barang harga RM2..lepas tu, naik plak gandaan 2.. Jadi rm2, rm4, rm6...
Lepas tu, sekarang ni dah ada plak main sen..
RM2.50 la, RM3.80 la..macam2..
Jadi, dah selesai urusan beli bakul permainan, dengan berlenggang ke agro bank semula..
Mujur dapat parkir (parking dalam bahasa inggerisnya) sebelah bank..
Wah, 1059?? Cepat~! Dah nak sampai giliran..!
Dengan gegasnya kami berdua masuk ke bank,
1.0.6.0 kaunter 1..(dengan stail pembaca no di bank tu)..huh, terus pergi ke kaunternya.. semua orang tengok je.. pelik agaknya kitowang masuk2 terus ke kaunter..
Alhamdulillah.. urusan seharian hari semuanya berjalan dengan lancar..
Dah tu, kitowang pergi tempat kitar semula..
Anna : ini kertas macam mana kira?
Orang 1 : 15 sen sekilo..
Anna : 15 sen? Ok..
Timbang punya timbang, tahu berapa beratnya??
100 kilo~!
Huh, dapat la rm15..
Orang 2 : you kerja cikgu ka?
Anna : iya.. (jawab je ye..)
Orang 2 : sekolah mana?
Anna : eh, baru guru pelatih.. 2 tahun lagi keluar..
Orang 2 : owh, patutlah banyak kertas..
Kesimpulan : cikgu banyak buang kertas ke..?? Hehe..
: p

No comments:

Post a Comment