>

Sunday, January 22, 2012

nota BMM 3106 (1)

 nie nota aQilah salin sendiri dalam kelas..


BMM 3106
Pendidikan Pemulihan
·         Aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif utk membantu murid2 yang menghadapi masalah dalam kelas.
·         Tujuan à mengecilkan jurang perbezaan di antara pelajar normal dengan pelajar yang berkeperluan khas.
o   Setiap pelajar seharusnya mendapat pelajaran yang sama rata.
o   Konsep sama rata.

Program pemulihan
·         Mempunyai masalah dalam keadaan tertentu iaitu 3M – membaca, menulis, mengira.
·         Diberikan kepada pelajar yang memiliki prestasi yang rendah.
·         Bentuk program :
o   Program pemulihan dalam kelas biasa.
§  Lebih kepada pelajar bermasalah ringan – lisan, membaca, menulis
§  Pemulihan dan Pengayaan
o   Program pemulihan dalam kelas khas.
§  Pelajar yang menghadapi masalah yang berat – disleksia, sindrom down, autisma
Objektif pendidikan pemulihan
1.         Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran2 tertentu.
a.       3 kemahiran asas – lisan, membaca, menulis
b.       Masa nie la bagi dowang latihan
2.       Memupuk dan mngembangkan sikap yakin diri dalam pembelajaran.
3.       Mengubah sikap negatif yang menjejaskan pembelajaran
a.       Kadang pembelajaran tidak berlaku kerana sikap sendiri.
b.       Mahu memastikan murid hanya tertumpu pada aktiviti pembelajaran yang disediakan guru.
4.      Membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu dengan cara mengikut aktiviti2 alternatif yang sesuai dengan mereka.
5.       Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dengan keupayaan mantel individu.
6.       Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti2 sosial sama ada dalam atau luar bilik darjah.
7.       Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam persekolahan sekolah biasa atau khas.

Jenis2 Pemulihan
1.         Pemulihan Khas @ Masalah Pembelajaran Kompleks
a.       Dijalankan oleh guru2 khas yang dilatih dalam bidang tersebut.
b.       Murid à yang gagal dalam 3M
2.       Pemulihan bahasa Melayu di bilik darjah @ masalah pembelajaran ringan
a.       Yang menjalankan oleh guru biasa sahaja.

Ciri2 Pemulihan
1.         Lemah dalam 3M
2.       Lemah dalam pemikiran dalam pemikiran yang abstrak.
3.       Lemah dalam koordinasi dan tangan
4.      Singkat tahap tumpuan.
5.       Kurang keyakinan diri.
6.       Lambat bertindak balas.
7.       Gagal dalam ujian
8.      Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang singkat
a.       Cth : huruf vokal dalam masa sehari.
9.       Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan.
a.       Lepas tengok, baru je tengok, pastu lupa sudah.
b.       Dengar pun.
10.    Rendah tahap kecerdasannya berbanding dengan rakan sebaya.
11.       Sering kali sakit.
a.       Sakit perut, sakit kepala
12.     Kerap ponteng sekolah
13.     Kurang terlibat dalam aktiviti PNP.
14.    Bermasalah tingkah laku.
a.       Suka bermain
b.       Suka ke sini sana-banyak jalan
15.     Sukar mengawal emosi
a.       Menangis, marah
PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN BIASA DAN KHAS
Pemulihan biasa
Aspek
Pemulihan Khas
Ada asas latihan perguruan
Guru
Ada asas perguruan dan kursus khas untuk pemulihan
Dalam pembelajaran biasa.
Jangka masa
Pada waktu2 tertentu.
Murid kekal dalam kelas
murid
Murid bergerak ke kelas khas.
Ujian bulanan ataupun Penggal
Bentuk penilaian
Melakukan ujian dari setiap kemahiran.
Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik
Keperluan
Perlu ujian saringan atau diagnostik
Tidak memerlukan rekod yang terperinci
Rekod @ Dokumentasi
Perlu disimpan secara sistematik.
Dilakukan secara umum
pelaksanaan
Dilakukan secara khusus :
-Lebih kepada individu sahaja
   - bagus sikit
   - sederhana
   - lemah
Murid tahap 1 dan 2
-dari tahun 1 hingga tahun 6
Penguasaaan
Murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas.
Tidak terhad
Bilangan murid
Maksimum 15 orang utk satu kelas.
Berdasarkan mataplejaran yang sebenar
Jadual waktu
Jadual ditentukan sendiri dari jadual yang khas


Contoh masalah pemulihan dalam kemahiran lisan
1.         Kosa kata yang terhad.
2.       Menggunakan dialek sendiri.
3.       Menggunakan bahasa ibunda.
4.      Lemah dalam kesantunan bahasa.
5.       Gagal mematuhi arahan.
6.       Lemah ingatan pendengaran.

Contoh masalah pemulihan dalam kemahiran membaca
1.         Keliru dalam membaca
2.       Keliru pada huruf besar dan huruf kecil yang berubah.
3.       Masalah Disleksia.
4.      Tidak dapat membatang suku kata tertutup.
5.       Tidak dapat membatang perkataan yang lebih daripada 2 suku kata.
6.       Membaca secara berlagu.
7.       Tidak faham bahan yang dibaca.
8.      Sukar membuat hubung kait.
a.       Antara api dengan kebakaran.
9.       Tidak dapat membuat urutan.

Kemahiran menulis.
1.         Rupa huruf yang tidak tekal.
2.       Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk.
3.       Salah dalam mengeja.
4.      Kosa kata terhad.
5.       Aliran pemikiran tidak lancar
a.       Idea dalam penulisan
6.       Lupa format penulisan.
7.       Lemah dalam penyampaian idea.
8.      Ayat tidak gramatis.
9.       Lemah dalam penggunaan tanda baca.



Tutorial kum 4 :
Situasi : dalam Kelas 2 Bijak terdapat 3 orang murid yang menghadapi kekeliruan huruf2 B dan D serta keliru dengan huruf A kecil dan besar, B kecil dan besar.
Cadangkan beberapa aktiviti untuk menangani masalah tersebut.



copy kat SINI

3 comments:

  1. Pemulihan dan pengayaan sangat baik dijalankan kepada pelajar yang lambat menguasa kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka dapat membina dan membentuk pelajar yang dapat menguasai kemahiran yang ingin disampaikan

    ReplyDelete
  2. Informasi baik,sama yang saya dengar ketika interaksi berlangsung di IPGK TM.Syabas atas informasi.Teruskan guru-guru muda.Khidmatmu dinantikan anak bangsa!

    ReplyDelete