Aku Bukan Bidadari
Sayang,
Lakumu,
Benar mengajarku
Tawa mu,
Benar menceriakanku,
Senyummu,
Benar membahagiakanku.
Tapi, sayang,
Aku bukanlah bidadari,
Bidadari dek berasalkan syurga.
Ternyata, aku juga insan biasa,
Seperti kamu,
Punyai cinta, punyai sayang,
Miliki ego, miliki marah.
Rasai suka, rasai duka.
Sayang,
tidakkah kau rasa,
Egomu keterlaluan?
Tidakkah kau fikir,
Bencimu membencikan orang?
Jangan begitu sayang,
Jangan…
Apa yang salah dibetulkan,
Apa yang silap diperbaikikan.
Kau dan aku saudara,
Saudara yang tak akan putus talinya.
Malapkanlah egomu, sayang,
Rendahkanlah dirimu, kasih,
Ingat Allah,
Dari DIA kita datang,
Kepada-Nya juga kita kembali….
nukilan : Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul Rahman
tarikh : 13 Disember 2010
masa : 9.28 pagi
No comments:
Post a Comment