>

Thursday, November 4, 2010

..handbag.cincin.hantar peraduan.beli ayam.family.ehem-ehem...

anna suke sangat hari nie,,,
because,
banyak perkara yang anna dapat buat,
serta yang berlaku...

.::handbag::.
dalam hati, memang dah lama nak beli handbag baru. tapi sbenarnya, anna memang dah banyak handbag pun. hehe. sampai rumate anna pun cakap "ko memang bergaya owh kan.." haha. x pe, alah membeli, menang menang memakai. betul ke??
(anna sayang rumate anna)
harga dy, RM28.90. jalan dengan kak nan tadi. well, ada warna merah, tapi, anna pikey nak guna dgn smua jnis baju. so, anna pun plih la warna putih selepas di cadangkan juga oleh kak nan.

.::cincin::.
pun sama. dah lama nak beli. tapi, jari anna kecik. ssh nak cari saiz. huh~! last2, ada la juga jumpa. well, hrga dy murah je. RM4.50. haha, yang penting, anna suka.

.::hantar peraduan::.
sebenarnya, ini merupakan tujuan anna kluar pergi pekan. peraduan ni bukan untuk anna, tapi adik lelaki anna yang berumur 11 tahun. minat giler dgn chelsea. dah la tue, mnta tlg buatkan cogan kata, bli kan stamp, dan mnta antar lagi..
haha,
yang pnting, untuk adik anna yang tersayang, Abing.
nak dijadikan cerita, sbenarny anna tersalah eja 'Chelsea'. nasib baik tak hantar kat peraduan tue. yang anna eja ialah cheAlsea.
mna ada huruf 'a' tue..
hehe..
tp, anna dah betulkan. hoho, jangan risau la~~

.::beli ayam::.
ayam kat uma dah abis. dah alang-alang kuar pekan, anna belikan lah ayam mentah untuk rumah. huhu. kak nan plak yang risau, takut ayamnya x segar sbb anna lambat sampai uma. ye la, lepas beli ayam, sempat plak pergi singgah kedai macam-macam..
hoho
(^0^)

.::family::.
sempena hari Deepavali ini,
ANGAH BALIK RMAH~!!
rupanya, 23 Nov dowang SPM.
anna plak yang kcut perut.
tapi, anna tahu, dy memang boleh buat. huhu, tp, itu semua kita berserah kepada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang telah disuratkan. walau bagaimanapun, kita sebagai hamba-Nya, hendaklah berusaha dan berdoa serta tawakal. kerana, tanpa usaha, tidak berhasillah sesuatu itu.
so angah,
ALL DA BEST~!!
<3

.::ehem-ehem::.
well, anna memang x mahu berkapel. x best. sbb, bagi anna, anna hanya akan beri cinta pertama anna kepada future husband anna je.. : p
tp, bagi anna, x salah kalau kita cuba setia, mana tahu dia tu jodoh kita. cuma, biarlah segalanya berlandaskan hukum Islam. hee.. lagipn, seandainya tiada landasan, maka terpesonglah kita dari jalan yang lurus. sememangnya Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan. cuma kita saja tidak tahu siapa, bila atau di mana ianya terjadi. x nak cakap panjang2, yg pting, anna just doakan yang terbaik untuk semua di sini dan di sana.

.::(A_A)::.

No comments:

Post a Comment